Pihak PIBG SK Bukit Gemuroh dgn kerjasama Majlis Sukan negeri Terengganu telah mengadakan Klinik Memanah pada 27 Apr di Padang SK Bukit Gemuroh.
Klinik itu dirasmikan oleh ADUN Telemong, YB Rozi. Dalam ucapannya beliau akan memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam membangunkan pelajar untuk menjadi pemanah yang cemerlang. Sokongan dalam bentuk kewangan dan moral akan diberikan kata YB Rozi. Yang paling penting perlunya seorang yang mengetuai projek tersebut.
Klinik itu disertai oleh murid dari SK Bukit Gemuroh, SK Kemat, SK Cheting dan SMK Tun Indera. Coach Razak bersama pelatihnya telah menjadi fasilitator dalam klinik tersebut.
Selepas perasmian oleh YB Rozi, peserta klinik diberi peluang untuk mencuba menggunakan alatan memanah. Sebelah petangnya pula diadakan mini game.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
No comments:
Post a Comment